Tuesday, 12 August 2014

Aspek yang boleh dikaji dalam Kajian Tindakan di Sekolah

Teaching effectiveness                                                                                                                      
- better understanding, grades, attitude towards learning, teaching materials and acquisition of the key competencies

Classroom management & discipline 
better student behaviour (punctuality, reduced disruptions in class, better attention span)

Use of information technology 
- effective use of IT to deliver the content                             

Curriculum innovation 
- interdisciplinary efforts using model or frameworks eg. problem-based learning         

Assessment methodologies 
- use of alternative assessment tools – student portfolios, checklists, peer assessment, student reflections


Development of students through co-curricular activities
-  leadership skills, self-esteem, personal development                   

Saturday, 9 August 2014

Sedikit nota MTE3133 interaksi kedua PPG pada 9 Ogos 2014. 

Daripada: Dr. Jong Cherng Meei.


DEFINISI & KONSEP
PENYELIDIKAN TINDAKAN

Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance (survey, exploration, investigation etc); (2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action (Kurt Lewin, 1947)

“  Kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut” (Ebbutt, 1985).

“  Kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama” (McNiff, 1988).


CIRI UTAMA PENYELIDIKAN TINDAKAN
• Menyelidiki diri sendiri / sekumpulan 
• Usaha kolaboratif digalakkan
• Menilai & membuat refleksi terhadap diri
• Pelbagai kaedah penyelidikan boleh digunakan
• Lebih menumpukan kepada tindakan dan kesan tindakan dlm situasi sebenar
• Berulangan atau berterusan (loop /cyclical)


KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
1. Untuk menambahbaik amalan (p&p) kita
2. Sebagai pembangunan profesional
3. Sesuai untuk situasi sebenar
4. Untuk merapatkan jurang antara jangkaan dan pencapaian sebenar
5. Untuk merealisasikan nilai pendidikan
6. Untuk mengintegrasi pengajaran dengan penyelidikan

MODEL KAJIAN TINDAKAN
• Model Stephen Kemmis
• Model John Elliott
• Model Dave Ebbutt
• Model Jack Whitehead
• Model Jean McNiff
• Model Kurt Lewin

PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN 
(Adaptasi dpd model Lewin, 1946 & Laidlaw, 1992)
• Mengenal pasti satu aspek amalan pendidikan yang hendak ditambahbaik
• Merancang tindakan
• Melaksanakan tindakan
• Pengumpulan data
• Refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)
• Merancang kitaran kedua (opsyenal)

PLAN ---- ACT ---- OBSERVE ---- REFLECT




Panduan Penulisan Cadangan (Proposal) Penyelidikan Tindakan MTE3133

Kepada pelajar PPG/PISMP pengkhususan Matematik:
Saya berharap penerangan tentang format penulisan cadangan penyelidikan tindakan berikut sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyiapkan kerja kursus untuk MTE3133.

Daripada: Dr Jong Cherng Meei


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
JABATAN MATEMATIK
MTE3133 Penyelidikan Tindakan I – Matematik Pendidikan Rendah (Kaedah)
Format Penulisan Kertas Cadangan

1.0       PENDAHULUAN       10%
(Menghurai pengalaman p&p, membincang jurang antara nilai & kepercayaan yg dipegang dgn amalan yg dilaksanakan, menghuraikan isu keprihatinan yg berkait dgn pengalaman pengkaji & relevan kpd keperluan pelajar)

1.1       Pengenalan       
                                
1.2       Refleksi Pengalaman yg Lalu (cth pengalaman dgn mata pelajaran tersebut dari aspek (i) pelajar; (ii) guru (pengkaji itu sendiri))            
  
1.3       Refleksi Sorotan Literatur (cth. hasrat KPM terhadap mata pelajaran tersebut)


2.0       FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN       25%
(pilih salah satu “fokus kajian” @ “ isu keprihatinan”)
(Utk meninjau & menganalisa mslh; dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria: kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi, kerelevanan kpd sekolah; nyatakan fokus kajian & peluang penambahbaikan dgn jelas, menghuraikan cara pengumpulan data awal utk membuktikan masalah/isu wujud)

2.1       Tinjauan Masalah (cth. selalu tidak siap kerja rumah)

2.2       Analisis Masalah (susunan sama dgn tinjauan masalah yg disebut dalam 2.1 di atas, cth. sebut hasil temubual dgn pelajar yg ada masalah, data dpd buku latihan kerja rumah, sikap murid yg disemak/diperhati dgn senarai inventori)
            (Selepas analisis mslh, sebut kaedah p&p/tindakan yg dicadangkan utk mengatasi masalah tersebut – fokus kajian)

2.3       Kajian Literatur (kajian literatur tentang (i) teori kaedah p&p/tindakan yg dicadangkan; (ii) data/kajian lalu/lepas yg menggunakan kaedah p&p/tindakan yg disebut dalam (i))



3.0       OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN      5%
(Objektif kajian dapat dinyatakan dgn jelas: fokus, tindakan, pencapaian tindakan; soalan kajian relevan dgn objektif kajian)

3.1       Objektif umum

3.2       Objektif kajian/khusus (Dalam objektif kajian mesti sebut: (i) intervensi/tindakan /kaedah p&p yg digunakan; (ii) tujuan intervensi. (iii) tajuk mata pelajaran yg diajar)
           
(Cth:    obj 1.   meningkat pencapaian
                        obj 2.   meningkat/mengubah sikap
                        obj 3.   mahir mengaplikasi/menggunakan apa yg dipelajari)
            (Bilangan objektif kajian boleh satu atau lebih)

3.3       Soalan Kajian (ikut ayat objektif kajian tetapi guna perkataan “Bolehkah .../ Dapatkah ...)


4.0       KUMPULAN SASARAN       5%
(Memerhati ciri-ciri responden secara terperinci dari aspek-aspek berikut: bilangan pelajar, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yg lain)
(Nama sekolah boleh tidak disebut; nama kelas boleh disebut; contoh maklumat yang diperlukan: bilangan lelaki/perempuan, keistimewaan pelajar yg positif/negatif, kumpulan sasaran, sintesis data guna carta pai/graf garis dsb)


5.0       TINDAKAN YANG DICADANGKAN
(Memperincikan langkah/aktiviti tindakan (p&p); memberi rasional terhadap tindakan yg dicadangkan; merancang cara pengumpulan data yg sesuai dgn soalan kajian; menyediakan carta Gantt dgn lengkap; kaedah analisis data tepat bg jenis data yg dikumpul; menyediakan anggaran kos kajian dgn terperinci)

5.1       Perancangan Tindakan                                15%
(model/teori kajian tindakan yg hendak digunakan, tindakan intervensi (perlu 3 kali), carta Gantt – tempoh maksimum satu kitaran kajian tindakan ialah 6 bulan)

5.2       Perancangan Cara Mengumpul Data         15%
(pengkaji perlu tunjukkan instrumen kajian kpd penyelia/ketua panitia/guru cemerlang sebelum instrumen ditadbirkan kpd sampel) (instumen ambil dr mana? Bina sendiri?)
(sub-tajuk ikut susunan objektif kajian)

5.2.1    Mengukur pencapaian pelajar: (i) ujian; (ii) latihan; (iii) senarai semak/pemerhatian dsb;

5.2.2    Mengukur minat pelajar: (i) soal selidik; (ii) pemerhatian & senarai semak)


5.3       Perancangan cara menganalisis data        10%
5.3.1    Cara analisis pencapaian: (i) min; (ii) sisihan piawai; (iii) peratus dsb

5.3.2    Cara analisis minat pelajar: (i) peratus dsb

5.4       Perancangan cara pelaksanaan kajian (jadual/kos)                     5%

(kos opsyenal dalam kertas cadangan pelajar PISMP/PPG; masukkan jadual sekiranya ada jadual yg lain daripada carta Gantt)



Saturday, 2 August 2014

Tajuk-tajuk interaksi kedua MTE3133 Penyelidikan Tindakan I - Matematik Pendidikan Rendah (Kaedah) untuk kumpulan Matematik PPG adalah seperti berikut:

Penyelidikan Tindakan: Konsep dan Model
·         Definisi dan konsep
·         Ciri-ciri penyelidikan tindakan
·         Kepentingan penyelidikan tindakan
·         Model Kajian Tindakan
           -  Model Stephen Kemmis
          -  Model John Elliott
           -  Model Dave Ebbutt
           -  Model Jack Whitehead
           -  Model Jean McNiff
          -  Model Kurt Lewin
 
Penyelidikan Tindakan: Proses
Adaptasi dari Model Lewin, 1946 dan Laidlaw,1992:
·           Mengenal pasti aspek amalan bagi  penambahbaikan
·         Merancang tindakan
·         Melaksana tindakan
·         Mengumpul data
·         Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)
·         Merancang kitaran kedua
 
Penyelidikan Tindakan: Rancangan dan cadangan
·         Konteks
·         Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan
·         Soalan kajian
·         Sumber literatur
·         Peserta kajian
·         Refleksi : analisis dan huraian data 
·         Jadual kerja
·         Perbelanjaan
·         Sumber rujukan