Daripada: Dr. Jong Cherng Meei.
DEFINISI & KONSEP
PENYELIDIKAN TINDAKAN
Action Research is a three-step spiral process of (1)
planning which involves reconnaissance (survey, exploration, investigation etc);
(2) taking actions; and (3) fact-finding about the results of the action (Kurt Lewin, 1947)
“
Kajian tindakan merupakan suatu pengkajian
yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut” (Ebbutt, 1985).
“ Kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan
guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan
guru dalam inkuiri
yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan
guru-guru lain secara bersama” (McNiff, 1988).
CIRI UTAMA PENYELIDIKAN TINDAKAN
• Menyelidiki diri sendiri / sekumpulan
• Usaha kolaboratif digalakkan
• Menilai & membuat refleksi terhadap diri
• Pelbagai kaedah penyelidikan boleh digunakan
• Lebih menumpukan kepada tindakan dan kesan tindakan dlm situasi sebenar
• Berulangan atau berterusan
(loop /cyclical)
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
1. Untuk menambahbaik amalan (p&p) kita
2. Sebagai pembangunan profesional
3. Sesuai untuk situasi sebenar
4. Untuk merapatkan jurang antara jangkaan dan pencapaian sebenar
5. Untuk merealisasikan nilai pendidikan
6. Untuk mengintegrasi pengajaran dengan penyelidikan
MODEL KAJIAN TINDAKAN
• Model
Stephen Kemmis
• Model
John Elliott
• Model
Dave Ebbutt
• Model
Jack Whitehead
• Model
Jean McNiff
• Model Kurt Lewin
PROSES
PENYELIDIKAN TINDAKAN
(Adaptasi dpd model Lewin, 1946 & Laidlaw,
1992)
• Mengenal pasti satu aspek amalan pendidikan yang hendak ditambahbaik
• Merancang tindakan
• Melaksanakan tindakan
• Pengumpulan data
• Refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)
• Merancang kitaran kedua (opsyenal)
PLAN ---- ACT ---- OBSERVE ---- REFLECT
No comments:
Post a Comment